Baca Novel Bagus Gratis Sampai Tamat › Forum › Forum Hiburan & Sharing › TAHUKAH ANDA? › INI BIODATA NABI MUHAMMAD, SUDAH TAHU?
Di-tag: Sejarah islam#edisi Ramadhan
- This topic has 18 balasan, 19 suara, and was last updated 9 years yang lalu by
yanayulianti6.
-
PenulisTulisan-tulisan
-
-
9 Juni 2016 pada 2:26 pm #70724
kagita1
ModeratorDi nuansa ramadhan ini, saya mau berbagi pengetahuan tentang Rasulullah. Selama ini, kita hafal semua hal yang berkaitan dengan artis kesayangan kita. Mulai dari k-pop sampai ke hollywood, kalau ditanya apa berita terbaru tentang dia, pasti dg spontan langsung menjawab. Nah, bagaimana dengan nabi idola kita? Yuk, kita simak.
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali dengan nama Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang berwujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya, Aminah binti Wahab, ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib, meninggal dunia.
Baginda diasuh pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama dengan bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak-anak panah saja.
Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barang Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertengkaran sehubungan dengan peletakan batu tersebut.USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di Gua Hira’ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal/ 24 September 622 Masehi.USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnain, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masehi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW – Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fisikal Baginda, sehingga seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertatap muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
– Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
– Aku melihat cahaya dari lidahnya.
– Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
– Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
– Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
– Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
– Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
– Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
– Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
– Wajahnya seperti bulan purnama.
– Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
– Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
– Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
– Garis-garis merah di bagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bagian sudut.
– Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
– Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
– Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bagian depan.
– Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
– Janggutnya penuh dan tebal menawan.
– Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
– Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
– Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
– Rambutnya sedikit ikal.
– Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
– Rambutnya terbelah di tengah.
– Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
– Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. – Seimbang antara kedua bahunya.
– Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
Subhanallah yaa :LETNANPARIS
sumber : @muslimterbaik
-
9 Juni 2016 pada 2:40 pm #70744
yoonnee88
Pesertasubhanallah :AIKO :AIKO
-
9 Juni 2016 pada 2:40 pm #70745
MichikaLee
Pesertaalhamdulilah Chika tidak pernah lupa akan hal ini ^^ :ASIA :ASIA
thanks for sharing this one , membuat Chika kembali mengingat sejarah-sejarah Islam :AIKO :AIKO
-
9 Juni 2016 pada 3:02 pm #70784
nulyminoz
PesertaDulu waktu masih kecil sering diceritakan sosok nabi muhammad saw. Tapi tidak selangkap ini.
Thanks kagita udah share :AYO
-
9 Juni 2016 pada 3:35 pm #70865
wieambar
PesertaSubhanallah :ALHAMDULILLAH padahal waktu kecil sering di ceritain sosok rosulullah tp selalu merinding dengarnya
-
9 Juni 2016 pada 4:31 pm #70930
@gema_annisa
PesertaSubhanallah, betapa indahnya dan mulianya Rasullulah SAW……
-
9 Juni 2016 pada 6:00 pm #70994
idafauziah
PesertaTerima kasih @kagita1 atas sharingnya. Subhanallah. I’m so touched it almost makes me cry.
-
9 Juni 2016 pada 6:08 pm #70999
windaturistiani
PesertaThaks for sharing. :LETNANPARIS jd tau Aisyah itu istri ketiga aku kira istri yg terakhir.. :AZHURAKAHN
-
9 Juni 2016 pada 6:21 pm #71012
Anonim
Non-aktifTerimakasih kak gita sudah share ini, sangat bermanfaat sekali :AYO
-
9 Juni 2016 pada 6:49 pm #71069
nurullchan
PesertaWalaupun sudah sering mendengar cerita tentang rasulullah ttp saja selalu merasa tidak pernah jenuh atau pun bosan.
Semoga dengan ini kecintaan kita terhadap beliau semakin besar :AMIN
Terima kasih udah share ini :LETNANPARIS
-
9 Juni 2016 pada 8:16 pm #71145
yoonilee85
Pesertasedikit tambahan. istri baginda Rasul jumlahnya 12. ada Juwairiyah binti al-Harits dan Maria binti Syama’un (Mariatul Qibthiyah) ibunya Ibrahim bin Muhammad.
thanks for sharing gita :LETNANPARIS
jangan lupa senantiasa bersalawat dan melaksanakan sunnah-sunnahnya. :ASIA
-
9 Juni 2016 pada 8:38 pm #71189
nikenprabaretna
Peserta<subhanallah dulu waktu kecil sering diceritakan kisah nabi Muhammad SAW. Thanks for share
-
9 Juni 2016 pada 9:15 pm #71259
seotokey
PesertaMashaaAllah ya Rasulullah.. tiada lagi yang se sempurna dia. Walaupun manusia tidak ada yang sempurna tapi Rasulullah yang tidak sempurna saja sudah buat kita selalu mendecak kagum. Bagaimana yang sempurna sebenernya ya? :ASIA
-
11 Juni 2016 pada 5:49 am #72753
carijodoh
Pesertamari banyak2 bershalawat
thanks for sharing~ bermanfaat sekali.
butuh biodata balasan gak? nanti cj bikin biodata cj hihih
kidding, jd inget masa kecil yang suka tukeran biodata sama temen2
-
11 Juni 2016 pada 10:11 am #72869
clpoohsh
PesertaMasya Allah :CESAR
-
11 Juni 2016 pada 10:22 am #72872
naira222144
PesertaSubhanallah.. Thanks for sharing :)
-
11 Juni 2016 pada 11:47 am #72911
ias1610
PesertaGood share…terima kasih ya untuk info nya :AZHURAKAHN
-
11 Juni 2016 pada 4:15 pm #73138
Ovelia
Peserta<p style=”text-align: left;”>Yg sering aku dengar kisah romantisnya<span style=”line-height: 1.5;”> Rasulullah dg istrinya Siti Khatijah dan Aisyah. Yg lain kira-kira lebih romantiskah? :AZHURAKAHN </span></p>
-
12 Juni 2016 pada 3:00 pm #74042
yanayulianti6
Pesertasubhanallah :AZHURAKAHN
-
-
PenulisTulisan-tulisan
- Anda harus log masuk untuk membalas topik ini.